Ain kemalangan bersama bapanya Saidin ketika dalam perjalanan menghantar bekalan Kopi Wong di Kota Kinabalu. Ain selamat tapi Saidin dan pemandu van, Marius mati. Sejak tragedi itu, Tauke Wong mengambil Ain sebagai anak angkat. Wong membesarkan Ain seperti anaknya sendiri. Diberi pendidikan agama dan akademik. Ain disayangi oleh keluarga Wong.
Trending